Kerajaan Negeri Johor Berjaya Laksanakan Semua 84 Akujanji BN PRU13

Kerajaan Negeri Johor Berjaya Laksanakan Semua 84 Akujanji BN PRU13

Oleh Iskandar Ahmad

JOHOR BAHRU, 4 Dis – Kerajaan Negeri Johor telah berjaya melaksanakan kesemua 84 akujanji Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum (PRU 13) yang lalu.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kesemua projek serta agenda yang pihak kerajaan umum dan janjikan sebahagian besarnya sudah disempurnakan.

“Ini termasuk kejayaan menyiapkan sebanyak 16,010 unit rumah mampu milik dan jumlah berkenaan adalah 167% melebihi sasaran awal kerajaan negeri iaitu sebanyak hanya 6 ribu unit sahaja.

“Perkara ini sekali gus menjawab pesanan daripada pemimpin pembangkang bahawa segala projek dan pelan kerajaan negeri mesti lah dipantau agar pelaksanaannya lancar dan baik, katanya.

Leave a Reply