Jumlah Kemasukan FDI Tertinggi Sektor Pembuatan 4 Tahun Berturut-Turut

Jumlah Kemasukan FDI Tertinggi Sektor Pembuatan 4 Tahun Berturut-Turut

Jumlah Kemasukan FDI Tertinggi Sektor Pembuatan 4 Tahun Berturut-Turut

Oleh Iskandar Ahmad

JOHOR BAHRU, 4 Dis – Negeri Johor catat jumlah kemasukan FDI tertinggi dalam sektor pembuatan di Malaysia bagi tempoh empat tahun berturut-turut sebanyak RM66,6 bilion bersamaan tiga kali ganda catatan di negeri Pulau Pinang.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bagi tahun 2016 sahaja kemasukan FDI dalam pembuatan adalah sebanyak RM26.4 bilion jauh meninggalkan negeri kedua terbanyak iaitu Selangor dengan hanya RM7.9 bilion.

“Nilai yang dicatatkan berkenaan adalah bersamaan 45.1% daripada RM58.5 bilion yang dicatatkan Malaysia.

“Bagi Selangor pula perlu menunggu hampir empat tahun lagi untuk mengejar nilai yang negeri Johor peroleh pada tahun 2016, katanya.

Kualiti Alam Sekitar Di Johor Yang Terbaik.

Sekalipun Johor mencatatkan kemasukan pelaburan dalam pembuatan yang tertinggi dalam negara sekali gus menjadikannya sebuah negeri industri yang pesat, tetapi tahap dan prestasi alam sekitar kita sangat membanggakan.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Johor mencatatkan 75.74% dalam Indeks Prestasi Alam Sekitar Malaysia (EPI) 2014 dan merupakan negeri kelima terbaik dalam melindungi ekosistem dan kesihatan manusia dari bahaya alam sekitar.

“Bagi negeri-negeri industri lain seperti Selangor dan Pulau Pinang, mereka masing-masing berada di tangga ke 9 dan 14 iaitu antara yang tercorot dalam negara.

“Pencapaian berkenaan antara lain disumbangkan oleh komitmen kerajaan negeri dengan memperkenalkan Dasar Kelestarian Johor serta inisiatif penanaman pokok secara besar-besaran di seluruh Johor, katanya.

Leave a Reply