Niat Jatuhkan Najib Sebelum PRU-14, Raja Konspirasi… Mahathir Atau Anwar?

Niat Jatuhkan Najib Sebelum PRU-14, Raja Konspirasi… Mahathir Atau Anwar?

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Tersingkirnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kerusi Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan Timbalan Presiden UMNO suatu waktu lalu adalah disebabkan penglibatannya dalam salah laku moral.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, walaupun pada mulanya Tun Mahathir (Tun M) tidak mempedulikan dakwaan tersebut, tetapi disebabkan beliau percaya Anwar merancang konspirasi untuk merebut jawatannya sebagai Presiden parti, akhirnya Tun M menggunakan isu tersebut untuk menyelamatkan kerusinya.

“Anwar tuduh Tun M melakukan ‘conspiracy at the highest level’ untuk memecatnya sebagai TPM dan dari UMNO. Alasannya meliwat.

“Sebelum itu sama ada percaya atau tidak, dia tidak peduli dakwaan Anwar adalah peliwat.

“Sepintas itu juga Tun M menghidupkan dan menggunakan kembali isu liwat untuk memusnahkan Anwar. Tun M menang dan Anwar tewas,” ujar Puad dalam catatan terbaharu di laman facebook rasminya hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat itu turut menyatakan setelah hampir sepuluh tahun berlalu Anwar kemudiannya cuba ‘merancang’ mengambil alih kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan menggunakan ‘pintu belakang’.

“Anwar pula cuba merancang ‘konspirasi kerajaan 16 September’ untuk menumbangkan Pak Lah dan BN.

“Anwar gagal kerana dia tidak sehandal Tun M dalam ilmu konspirasi. Konspirasi beliau bersifat ‘gempak’ dan terlalu amatur,” sinisnya.

Kini Tun M, Anwar, Muhyiddin dan Lim Kit Siang bergabung keringat menggunakan isu 1MDB sebagai konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Paling mengejutkan mereka menyusup dalam jentera utama kerajaan, tetapi gagal walaupun Tun M pengamal ‘konspirasi ke lubang cacing’.

“Kini mereka tidak sempat untuk menjatuhkan Najib dan UMNO sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU ke-14). Terpaksalah parti mereka yang bermasalah dan berpecah itu menggunakan proses peti undi untuk berlawan.

“Sesuatu yang terkeluar dari skrip asal konspirasi mereka iaitu jatuhkan Najib sebelum PRU ke 14. Tun M…segala galanya tidak menjadi!,” tegasnya.  –UMNOONline

Leave a Reply