#BajetJohor2018 Komitmen Kerajaan Negeri Berdasar Kemampuan

#BajetJohor2018 Komitmen Kerajaan Negeri Berdasar Kemampuan

JOHOR BAHRU, 26 Nov – Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Johor Datuk Samsol Bari Jamali berkata Bajet Johor dianggap sebagai bajet bijaksana selain mengenengahkan satu laporan kejayaan kerajaan negeri di hujung 5 tahun dibawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurut beliau ia juga dilihat sebagai pernyataan tentang kejayaan Kerajaan merancang di masa yang lepas dan kejayaan melaksanakan perancangannya serta terus merancang mengikut senario serta keperluan masa depan.

“Kejayaan prestasi peratus pertumbuhan ekonomi Johor yang melepasi kadar yang direkodkan oleh kerajaan pusat sejak 2011 hingga 2016 adalah membanggakan dan menyakinkan.

“Lebih membanggakan pengenalan misi baharu oleh Kerajaan Johor iaitu Dekad Baru Johor Sejahtera yang merancang tempoh 10 tahun akan datang adalah dianggap dan dilihat sebagai satu komitmen serta keyakinan kerajaan bersandarkan kemampuannya yang ampuh.

“Perbelanjaan sebanyak RM 1.503 Billion pula lebih bermakna kerana ianya melibatkan 153 titik sentuhan yg mencakupi pelbagai kumpulan sasaran,” katanya kepada UMNO-Johor, di sini, hari ini.

Samsol yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semarang seterusnya berkata perbelanjaan ini bukan sahaja dianggap menyeluruh sifatnya tetapi juga menyentuh semua aspek meneruskan yang terbaik, memperbaiki yang Kurang memberangsangkan, mengupaya yang lemah dan mewujudkan yang tiada.

“Kerajaan berjaya mengenalpasti realiti bahawa pembangunan dan masa depan negeri memerlukannya dorongan baru selari dengan falsafah Johor yang berKemajuan. Makanya Johor dirasakan memerlukan lonjakan yang radikal dan transformatif yang membawa wajah baru kepada suasana ekonomi dan kesejahteraan rakyatnya,”katanya.

Justeru beliau berharap rakyat akan lebih adil Kepada Kerajaan Johor dengan menghargai komitmen dan keprihatinannya dan terus muafakat dan jauh dari perkara-perkara yang me rencatkan pertumbuhan dan pembangunannya.

Leave a Reply