Ismail Yakin #BajetJohor2018 Beri Tumpuan Terhadap Pelbagai Sektor

Ismail Yakin #BajetJohor2018 Beri Tumpuan Terhadap Pelbagai Sektor

PARIT SULONG, 23 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah, YB Mohd Ismail Roslan yakin dan percaya Bajet Johor 2018 akan mengambil kira kepentingan rakyat negeri berkenaan pelbagai peringkat.

Dan tentunya beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Parit Sulong menaruh harapan agar sektor industri kecil dan sederhana serta masyarakat nelayan dan pertanian turut mendapat tempat di dalam abjet tersebut.

“Untuk kawasan saya ini tentunya saya mengharapkan kerajaan negeri memberi tumpuan untuk menaiktaraf lagi pelbagai kemudahan untuk masyarakat nelayan sebagai contoh…sektor pertanian pun diharapkan begitu juga.

“Inisiatif dan sebagainya lagi tentunya dapat membantu penduduk setempat dalam usaha meningkatkan lagi keupayaan ekonomi penduduk setempat. Begitu juga dengan pelbagai sektor lain termasuklah Indutri Kecil dan Sederhana (IKS), katanya kepada UMNO-Johor, di sini, hari ini.

Menjelaskan lebih lanjut beliau seterusnya menambah perumahan untuk rakyat Johor juga semestinya sesuatu yang diharapkan dan kerajaan negeri dibawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tentunya akan melihat kepada soal-soal berkenaan.

“Dan sewajarnya Bajet yang akan dibentangkan itu nanti sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Johor termasuklah di kawasan ini.

“Insya Allah…kita tunggu apa yang akan diumumkan oleh Datuk Seri Khaled nanti. Yang penting pelaksanaan kelak kita sama-sama jayakan untuk manfaat bersama,” katanya.

Leave a Reply