PPBM Sebenarnya Gagal…. Cuba Alih Isu Salahkan ROS Untuk Tutup Malu

PPBM Sebenarnya Gagal…. Cuba Alih Isu Salahkan ROS Untuk Tutup Malu

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi menyifatkan penubuhan ‘parti bunga’ parti PPBM tanpa matlamat yang jelas, sebaliknya sekadar menjadi parti yang mahu menggantikan UMNO.

Tambahnya, bukan itu sahaja malah nama parti pun hampir sama dengan UMNO, ada perkataan Bersatu, warna parti pun merah, struktur parti pun sama, ada Bahagian dan ada cawangan.

“Tetapi mana datang keahlian PPBM? Sekadar cuba curi ahli UMNO untuk masuk PPBM, khususnya mereka yang merajuk, terasa hati atau mempunyai kepentingan tertentu.

“Rupanya gagal. Tun Mahathir (Tun M) mengakui PPBM gagal mengadakan mesyuarat agung parti di saat UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung minggu hadapan.

“Untuk mengalih isu ini, kelmarin Tun M dan `geng’ dia jumpa pendaftar pertubuhan (ROS) mempertikai pendaftaran Pakatan Harapan yang belum lulus. Macam mana mahu lulus, kalau komponennya masih dibelenggu masalah termasuk PPBM yang gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM),” ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat.

Dr Puad turut berpandangan masalah Tun M bermula apabila beliau ditipu oleh Ketua-Ketua (PPBM) di peringkat Bahagian, yang mana majoritinya adalah bekas pimpinan UMNO yang kehilangan pengaruh dan mencari tempat pergantungan yang baharu.

“Bila disemak keahlian Bahagian PPBM, ada di kalangan ahli itu terkejut. Mereka mendakwa masih dan tetap ahli UMNO.

“Nama mereka didaftar tanpa pengetahuan si empunya diri. Kalau di Bahagian pun kelam kabut maka apatah lagi cawangan.

“Sebenarnya cawangan pun tidak wujud di kebanyakan Bahagian PPBM,” selarnya lagi.

Tambahnya, itu belum mengambil kira cawangan sayap-sayap, Serikandi atau Armada di mana Armada sendiri adalah sayap haram.

“Maka pergantungan PPBM hanyalah pada tokoh. Itu pun ada tiga tokoh sahaja.

“Tun M, Muhyiddin dan Mukriz tetapi apakah Muhyiddin dan Mukriz ramai penyokongnya?,” soalnya.

Justeru katanya, jelas bahawa perjuangan dan hala tuju PPBM amat diragui, jauh berbeza semasa UMNO ditentang oleh Semangat 46.

“Semangat 46 yang juga cuba mengganti UMNO, hampir separuh anggota Kabinet Kerajaan ketika itu menyokong Tengku Razaliegh.

“Akhirnya Semangat 46 `tutup kedai’ dan kebanyakan ahlinya kembali bersama UMNO.

“Jadi, apakah nasib PPBM tanpa Tun M?,” sinisnya.- UMNOOnline

Leave a Reply