Bajet 2018 Bajet Gagasan Johor Berkemajuan – ADUN Senggarang

Bajet 2018 Bajet Gagasan Johor Berkemajuan – ADUN Senggarang

BATU PAHAT, 22 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, YB Abdul Aziz Ismail percaya serta yakin Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan membentangkan Bajet Johor 2018 dalam konteks yang cukup meluas.

Malah beliau turut melihat Bajet berkenaan juga akan mencakupi ruang lingkup Gagasan Johor berkemajuan dan penuh realistik dalam usaha memastikan rakyat negeri berkenaan termasuklah DUN Senggarang terutamanya mendapat limpahan.

“Pada saya, antara penekanan penting adalah aspek keusahawan sebagai contoh perlu mendapat tumpuan seperti bantuan ‘one off grant’ kepada peniaga-peniaga kecil untuk sokong bidang keusahawanan ini.

“Seterusnya rumah mampu milik diperbanyakkan termasuklah di pekan-pekan kecil dalam usaha membantu memastikan rakyat yang layak mendapat rumah. Begitu juga soal peruntukan khas memperbaiki rumah dan peruntukan untuk pelebaran jalan kampong ditambah

“Laluan Bas Muafakat Johor perlu diperluaskan kerana aspek perkhidmatan awam adalah untuk manfaat bersama. Soal pendidikan pula tuisyen percuma matapelajaran teras diperluaskan ke kampung-kampung dan sebagainya lagi,” katanya kepada UMNO-Johor.

Beliau seterusnya menambah aspek-aspek berkenaan adalah sebahagian daripada keperluan dan juga kepentingan yang semestinya akan mendapat perhatian daripada kerajaan negeri pada pembentangan Bajet 2018 nanti.

“Apa pun kita tunggu pada hari pembentangan Bajet nanti dan saya percaya Menteri Besar tahu apa yang terbaik buat Johor dalam pembentangani bajet yang prihatin dan realistik dalam menangani isu rakyat,” katanya.

Leave a Reply