#BajetJohor2018 Dijangka Menyeluruh Dan Menyentuh Pelbagai Peringkat – Maulizan

#BajetJohor2018 Dijangka Menyeluruh Dan Menyentuh Pelbagai Peringkat – Maulizan

TEBRAU, 16 Nov – Ahli Dewan Undangan Tiram, Datuk Maulizam Bujang menyifatkan Bajet 2018 yang akan dibentangkan oleh Menteri Besar Johor pada 23 Nov ini tentunya akan merancang pelbagai kebaikan untuk rakyat dan fokusnya sudah pasti melibatkan keperluan asas seperti perumahan dan pelbagai bentuk inisiatif yang lain.

Menurut beliau soal perumahan dan pelbagai bantuan untuk rakyat yang sememangnya kerajaan negeri sentiasa melihat selama ini tentunya akan ditingkatkan lagi agar ianya tidak terlepas pandang kepada mereka yang memerlukan.

“Apabila saya melihat kepada data-data, banyak projek-projek perumahan samada rumah mampu milik dan sebagainya sedang ditingkatkan ddan diberi tumpuan oleh kerajaan Johor terutama dikawasan Tebrau ini.

“Tebrau yang merupakan kawasan sedang membangun diyakini akan terus mendapat tumpuan berhubung soal perumahan sepertimana yang telah dirancang dan dilaksanakan sebelum ini pada bajet 2018 nanti,” katanya kepada UMNO-Johor.

Beliau yang juga Ketua UMNO bahagian Tebrau seterusnya mengharapkan soal-soal kemudahan infrastruktur bermasyarakat dan sebagainya akan turut mendapat tumpuan dalam bajet 2018 nanti.

“Kita di kawasan ini berharap perkara-perkara seumpama ini ditingkatkan lagi agar masyarakat mendapat kemudahan yang sewajarnya untuk mereka lebih giat lagi dalam soal-soal komuniti dan sebagainya lagi,” katanya.

Leave a Reply