Johor Future 2017 Bakal Temui Warga Kulai – @DatoZulkurnain

Johor Future 2017 Bakal Temui Warga Kulai – @DatoZulkurnain

 

Oleh Iskandar Ahmad

KULAI, 13 Nov – Johor Future 2017 Peringkat Daerah Kulai akan diadakan di Sport and Recreation Community (SRCC), Jalan Cengal di sini pada 19 November ini mulai jam 7 pagi.

Pengerusi Majlis Belia Daerah Kulai (MBDK) Nor Azman Hasbullah, berkata, pihak penganjur berharap program ini dapat menanam sikap kesukarelawan di kalangan belia melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang pada hari tersebut.

“Diharapkan orang ramai dapat mengambil kesempatan ini dengan menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan seperti Future Run sejauh 6.4 kilometer dan Future Ride sejauh 15 kilometer.

“Penganjuran Johor Future juga menawarkan pelbagai aktiviti dan program-program yang menarik bagi membolehkan para pengunjung mendapatkan maklumat, menikmati perkhidmatan yang ditawarkan, membeli-belah, berhibur, beramal dan bersantai.

“Antara aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan ialah tarian zumba, buskers serta pameran-pameran produk,” katanya.

Beliau berkata, pihak penganjur juga menawarkan sebanyak 77 hadiah cabutan bertuah yang berbentuk barangan elektrik dan elektronik kepada 1000 peserta yang mendaftar awal.

“Pihak kami juga menyediakan hadiah cabutan utama yang berupa sebuah motorsikal jenis Demak, tiga buah basikal fixie dan lima utas jam tangan G-Shock kepada pengunjung bertuah, justeru orang ramai tidak harus melepaskan peluang untuk hadir dan menikmati tawaran-tawaran yang disediakan,” katanya.

Majlis perasmian program tersebut juga akan disempurnakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan.

Leave a Reply