Jangan cipta isu berkenaan perpindahan SSJB – @KhaledNordin

Jangan cipta isu berkenaan perpindahan SSJB – @KhaledNordin

 

 

JOHOR BAHRU, 11Nov – Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menggesa supaya tiada pihak yang memainkan sentimen atau isu dari keengganan Sekolah Sri Johor Bahru (SSJB) berpindah ke lokasi baharu.

 

Mohamed Khaled berkata pihak kerajaan negeri tidak seharusnya disalahkan berkenaan perkara ini kerana ia tidak terlibat dengan urusan perpindahan sekolah tersebut.

 

Tambahnya lagi sekolah tersebut sudahpun diberikan notis lebih awal untuk berpindah oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).

 

“Difahamkan juga (sekolah tersebut) banyak masalah dan tidak tepati (perjanjian dengan MAIJ),” katanya dalam satu sidang media selepas Program Prihatin Masyarakat Yayasan Sultanah Fatimah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Johor Jaya, hari ini.

 

Isu perpindahan sekolah tersebut tular minggu ini ekoran tindakan sekolah tersebut mengumpul tandatangan untuk petisyeb mereka supaya ia tidak perlu berpindah.

 

MAIJ telah mengeluarkan notis untuk sekolah tersebut mengosongkan tanahnya tahun lalu.

 

Ini bagi memberi laluan kepada Perbadanan Islam Johor (PIJ) membina sebuah kondominium di atas tapak sekolah berkenaan.

 

SSJB bagaimanapun meminta supaya ia diberi masa antara tiga hingga lima tahun untuk mencari lokasi baharu sebelum tapak asal diserahkan kepada PIJ bagi meneruskan projek pembanggunan tersebut.

Leave a Reply