MPJBT Akan Dinaiktaraf Kepada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri – @JaisSarday

Oleh Iskandar Ahmad

JOHOR BAHRU, 9 Nov – Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) di Johor Bahru, Johor akan dinaik taraf sebagai majlis bandaraya pada 22 November ini yang akan dikenali sebagai Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Md Jais Sarday berkata, majlis pelancaran pengisytiharan MBIP mendapat perkenaan dan akan dirasmikan oleh DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di tapak bangunan baru MBIP.

Menurut Md Jais, pada Oktober 2016 kerajaan negeri Johor telah mencadangkan untuk menaiktaraf MPJBT kepada MBIP di dalam mesyuarat kerajaan persekutuan serta jemaah menteri bersetuju dengan cadangan berkenaan pada Ogos lalu.

“Majlis yang diadakan pada tarikh berkenaan juga adalah bersempena dengan hari keputeraan baginda Sultan Johor dan keesokkan harinya pada 23 November akan diadakan pula majlis perlantikkan datuk bandar MBIP di Dewan Negeri, katanya.

Leave a Reply