Agensi kerajaan sedia hadapi kemungkinan bencana – @AyubBinRahmat

Agensi kerajaan sedia hadapi kemungkinan bencana – @AyubBinRahmat

JOHOR BAHRU, 9 Nov – Seramai 35 orang penduduk di Kampung Kebun Baru, Sungai Durian dan Kampung Sungai Buntu, Penerok, Pontian berdepan saat getir apabila banjir kilat setinggi 0.3 meter mula memasuki rumah mereka.

Ini susulan dari air pasang besar dan juga hujan lebat pada jam 1 tengah hari semalam.

Mereka yang terdiri dari lapan buah kelurga tersebut bagaimanapun bernasib baik kerena air mula surut kira-kira dia jam kemudian.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka ketika ini.

Ayub menambah sepasukan lima anggota polis, lapan anggota Agensi Pertahanan Awam Malaysia, lima kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran serta ketua masyarakat bergegas ke kampung berkenaan untuk memantau keadaan sebaik menerima maklumat tentang kejadian tersebut.

“Hasil siasatan mendapati tiada jalan terputus hubungan dan kejadian berlaku disebabkan hujan lebat serta air pasang besar setinggi 3.4 meter menyebabkan kawasan rendah dinaiki banjir kilat.

“Sebanyak enam rumah di Kampung Kebun Baru, Sungai Durian dan sebuah rumah di Kampung Sungai Buntu, Penerok, dinaiki air yang setinggi kira-kira 0.3 meter namun banjir sudah surut.

“Pasukan kecemasan masih meninjau keadaan sama ada perlu memindahkan mereka atau tidak dan PPS terdekat sudah bersedia untuk dibuka sekiranya keadaan memerlukan,” katanya lagi.

Beliau turut berkata kesemua agensi kerajaan serta sukarelawan berkaitan bencana sudah bersedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan akibat perubahan cuaca yang melanda negara ketika ini.

Leave a Reply