Johor Akan Hantar Sukarelawan Johor Darul Ta’zim Ke Pulau Pinang – @KhaledNordin

JOHOR BAHRU, 5 Nov – Kira-kira 200 Sukarelawan Darul Ta’zim (SDT) akan dihantar ke Pulau Pinang bagi membantu mangsa banjir di sana.

Perkara ini diumumkan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dimana beliau memaklumkan bahawa arahan telah diberikan kepada Jabatan Belia dan Sukan negeri untuk menguruskan perkara tersebut.

“Johor sedang membuat persiapan untuk menghantar rombongan pertama antara 150 hingga 200 SDT bagi membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.

“Apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah musibah rakyat. Kita percaya ini adalah satu bencana dan tidak kira ideologi sebagai tanda prihatin dan menghulurkan sumbangan,” kata Mohamed Khaled yang dalam sebuah majlis UMNO di Johor Baru hari ini

Awal pagi tadi, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telahpun memohon bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu menyelamatkan mangsa banjir di negeri tersebut ekoran keadaan semasa yang meruncing.

Dalam sebuah video yang tular di media sosial, Guan Eng berkata beliau berjaya menghubungi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi pada jam 3.30 pagi untuk menzahirkan hasratnya memohon bantuan buat warga Pulau Pinang.

Guan Eng berkata air banjir sudah melepasi paras bumbung di sesetengah tempat manakala terdapat pusat pemindahan yang terputus bekalan banjir, dipercayai akibat banjir.

Leave a Reply