JDT Juara, Johor Cuti Esok

JDT Juara, Johor Cuti Esok

KOTA ISKANDAR, 4 Nov – Kerajaan Negeri mengisytiharkan cuti khas peristiwa esok (Ahad) susulan kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala Malaysia, selepas penantian selama 25 tahun.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani selepas perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor, malam ini, berakhir dengan kemenangan JDT ke atas Kedah, 2-0.

“Ini satu kejayaan bersejarah selepas 25 tahun Johor tidak memenangi sebarang Piala Malaysia dan pengumuman cuti ini merupakan penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat Johor,” kata beliau.

Tambahnya, pengumuman cuti itu adalah sebagai menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang terdahulu memperkenankan cuti peristiwa itu sekiranya pasukan JDT muncul juara.

Katanya, ia juga selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

Azmi turut mengucapkan tahniah kepada pasukan JDT di atas kemenangan itu dan berharap ia menjadi pemangkin kepada kejayaan lebih cemerlang pasukan itu pada masa akan datang.

Leave a Reply