Pengerusi AMANAH Buat Kenyataan Tanpa Kajian

Oleh Iskandar Ahmad

JOHOR BAHRU, 4 Nov РKenyataan Pengerusi Parti Amanah Negara  (AMANAH) Johor, Aminolhuda Hassan, mengenai pemansuhan kutipan tol di Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) tidak membawa kesan kepada rakyat Johor adalah tidak patut dan ianya dibuat tanpa kajian yang menyeluruh.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Md Jais Sarday berkata, beliau menempelak sekeras-kerasnya dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi AMANAH Johor itu.

“Saya menyifatkan bahawa dia tidak faham apa yang berlaku dan mencadangkan dia untuk meluangkan masa untuk pergi ke Tambak Johor dan akan mendapat tahu betapa ramainya rakyat Johor yang menggunakan Lebuhraya EDL tersebut.

“Kenyataan tidak cerdik itu hanya untuk mempolitikkan isu sahaja dan terdapat seramai hampir 40 ribu masyarakat Johor menggunakan Lebuhraya EDL untuk satu hari.

“Jadi dengan pemansuhan kutipan tol di Lebuhraya EDL ini ianya memberi kesan yang mendalam kepada rakyat Johor khususnya mereka yang bekerja di Singapura, katanya.

Leave a Reply