JDT Tumbangkan Kedah 2 – 0, Ramal @KhaledNordin

JDT Tumbangkan Kedah 2 – 0, Ramal @KhaledNordin

JOHOR BAHRU, 3 Nov – Menteri Besar Johor Dato’ Mohamed Khaled Nordin menzahirkan keyakinannya yang Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal merangkul Piala Malaysia 2017 malam esok dengan menumpaskan Kedah 2-0.

Menurut Mohamed Khaled, JDT bakal turun menentang juara bertahan Piala Malaysia, Kedah, malam esok dengan sokongan padu rakyat negeri Johor.

“Insha-Allah JDT akan menang, mungkin mereka menang 2-0,” katanya dalam sebuah majlis di Johor Bahru hari ini.

Kerajaan negeri Johor akan mengumumkan Ahad sebagai cuti peristiwa sekiranya JDT menang malam esok.

Ia susulan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi menghargai kegigihan pasukan harimau selatan dalam usaha merangkul piala berprestij tersebut.

Leave a Reply