Bajet 2018 Beri Manfaat Kepada Semua Pihak – Samsolbari Jamali

Bajet 2018 Beri Manfaat Kepada Semua Pihak – Samsolbari Jamali

Oleh Iskandar Ahmad

JOHOR BAHRU, 2 Nov – Bajet 2018 yang diumumkan baru-baru ini begitu bermakna kerana ianya satu bajet yang menyeluruh dan memberi manfaat kepada semua pihak.

Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Datuk Samsolbari Jamali, berkata, bajet berkenaan telah memenuhi keperluan dan hasrat orang ramai yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

“Kita dapat melihat Perdana Menteri dengan yakin membentangkan bajet berkenaan yang dia sendiri faham untuk memenuhi permintaan masyarakat di akar umbi.

“Ianya daripada pembangunan, pengurusan dan pemberian manfaat kepada masyarakat dan disusun atur dengan baik untuk menghadapi ekonomi baru di masa akan datang.

“Saya yakin dengan pembaharuan yang diperkenalkan menunjukkan keadaan status ekonomi negara yang baik dan ianya jauh sekali daripada tomahan sesetengah pihak bahawa kita sedang mundur ke belakang, katanya.

Menurut beliau, pada masa yang sama ada pertambahan jumlah atau nilai yang diperuntukkan dan ianya adalah gambaran bahawa kerajaan masih mampu untuk memberi tambahan bukan sahaja memenuhi permintaan dan keperluan malah menambah daripada sedia ada.

Beliau berkata, ianya merupakan gambaran kejayaan kerajaan kini yang memerintah dibawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia.

 

Leave a Reply