#Bajet2018 perlu dimanfaat masyarakat India

#Bajet2018 perlu dimanfaat masyarakat India

SEGAMAT, 29 Okt – Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seharusnya dimanfaatkan masyarakat India.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Buluh Kasap Norshida Ibrahim berkata belanjawan yang dibentangkan Najib Jumaat lalu menunjukkan kerajaan membela kaum India secara berterusan dan bukan mengikut musim.

Menurut Norshida, kerajaan Barisan Nasional (BN) secara berterusan menjalankan program untuk masyarakat India.

“Bajet sangat mesra rakyat dan kaum India langsung tidak ketinggalan untuk menikmati bajet yang telah dibentangkan.

“Kita ada peruntukan-peruntukan khas yang diberikan khusus untuk orang India. Kita perlu sama-sama rebut peluang tersebut,” katanya dalam satu program di Segamat.

100 keluarga India menerima sumbangan barangan keperluan harian dalam program tersebut.

Dalam program lain pula, Norshida menyampaikan bantuan khemah kepada Kuil Mariaman Mutappan dan beg sekolah kepada pelajar di SJKT Batu Anam.

“Walaupun Deepavali sudah habis, pemberian pada hari ini buktikan bantuan kerajaan berterusan. Apa jua bantuan kita harap dapat ringankan beban tuan puan,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut berterima kasih kepada pimpinan MIC Bahagian dan NGO seperti Persekutuan Persatuan-persatuan Berdaftar Johor (GAPPIN) yang menjadi penghubung beliau kepada kaum India.

Presiden GAPPIN S. Thenarasoo yang turut hadir dalam majlis tersebut mengucapkan terima kasih kepada Najib yang berterusan menyalurkan sumbangan pada masyarakat India.

“Terima kasih kepada PM yang prihatin terhadap masalah-masalah masyarakat India diseluruh negara.

“Dengan peruntukkan yang ada, dapatlah usaha kami untuk mendapatkan sedikit sebanyak bantuan kepada beberapa kuil dan sekolah,” kata Thenarasoo.

Leave a Reply