Terima Kasih PM Beri Peruntukan Kepada PDRM – @NurJazlan

Terima Kasih PM Beri Peruntukan Kepada PDRM. – @NurJazlan

Oleh Iskandar Ahmad

JOHOR BAHRU, 28 Okt – Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan yang telah menumpukan peruntukan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha meningkatkan lagi kesejahteraan dan kebajikan anggota polis.

Menurut beliau, perkara yang sering dikesali oleh ramai anggota polis adalah keadaan perumahan mereka dan dalam Bajet 2018 yang diumumkan semalam ada memperuntukkan RM9 bilion kepada PDRM.

Tambah Nur Jazlan, jumlah berkenaan juga untuk menaik taraf serta membina kuaters baru untuk anggota polis serta penambahan peruntukan daripada segi peralatan terutamanya dari unit anti keganasan.

Terdahulu, dalam Bajet 2018 yang diumumkan semalam sebanyak RM720 juta bagi pembinaan sebelas ibu pejabat dan enam balai polis serta pembelian kelengkapan senjata api dan kenderaan polis.

Manakala sebanyak RM170 juta diperuntukan untuk menaik taraf peralatan ICT termasuk sistem 1PDRMnet dan RM100 juta bagi menaik taraf sistem komunikasi.

Antara khabar gembira untuk anggota polis yang diumumkan dalam Bajet 2018 di Dewan Rakyat semalam adalah sebanyak 10 ribu unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia-PDRM atau PPA1M-PDRM akan dibina dan harga rumah berkenaan adalah sesuai dengan tangga gaji anggota polis.

Leave a Reply