#Bajet2018 Realistik, Insklusif Dan Mesra Rakyat

#Bajet2018 Realistik, Insklusif Dan Mesra Rakyat

JOHOR BAHRU, 27 Okt – Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Md Jais Sarday menyifatkan Bajet2018 yang dibentang YAB Perdana Menteri hari ini merupakan bajet yang sangat insklusif.

Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memansuhkan GST ke atas semua pembekalan perkhidmatan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan berharap ia akan dapat mengurangkan beban rakyat di samping meningkatkan perkhidmatan yang lebih berkesan.

“Selain itu, saya teruja kerana usaha Johor dalam memperkasakan pemodenan pendidikan diambil perhatian, semasa memegang portfolio Exco Pendidikan sebelum ini, saya bersama Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah memulakan inisiatif Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) pada tahun 2014.

Tahun 2015 Kerajaan Negeri Johor telah memberikan peruntukan RM800 ribu dan projek ini dijadikan ‘benchmark’ oleh Kementerian Pendidikan dalam usaha untuk menjayakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.

Alhamdulillah, usaha ini tidak sia-sia kerana dalam Bajet 2018, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukan RM190 juta untuk menaiktaraf Kelas Pintar PAK-21 yang bermula di negeri Johor,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online.

Dalam masa yang sama, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Azalina Othman Said pula menyifatkan Bajet 2018 membuktikan kerajaan begitu konsisten dalam memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terbela serta ekonomi dan masa depan Negara terus terjamin, ujar Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Azalina Othman Said

Tambahnya, kerajaan sentiasa realistik dalam menentukan dasar ekonomi negara bagi menjamin segala komitmen dapat direalisasikan dan dizahirkan kepada rakyat. Kerajaan tidak seperti pembangkang yang hanya memberi angan-angan kosong untuk mengejar populariti.

“Saya sebagai Ahli Parlimen Pengerang menyambut baik pengumuman yang dibuat YAB Perdana Menteri terhadap masyarakat Felda dan peruntukan pembangunan luar bandar dalam memastikan tiada rakyat yang tertinggal dalam arus pembangunan.

Selaku Menteri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Undang-Undang, saya juga berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri dalam memperluaskan Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media.

 

Leave a Reply