#Bajet2018: Pemberian BR1M terus kekal RM1,200 – @NajibRazak

#Bajet2018: Pemberian BR1M terus kekal RM1,200 – @NajibRazak

Pemberian BR1M terus kekal RM1,200

Oleh Iskandar Ahmad

 

KUALA LUMPUR,  27 Okt – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditambah sebanyak RM200 sebelum ini dapat meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat itu kepada maksimum RM1,200.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata BR1M tahun ini telah memanfaatkan tujuh juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM6.8 bilion.

Menurut beliau, untuk tahun 2018, sebanyak tujuh juta penerima berkenaan akan terus menikmati pemberian BR1M dengan kadar maksimum sehingga RM1,200.

Tambah Najib dalam pembentangannya itu, rakyat akan terus menerima agihan bantuan bagi mengurangkan kos sara hidup dengan senang hati serta rasa syukur semenjak BR1M diperkenalkan pada tahun 2012.

“Kini jelas terbukti bahawa pemberian BR1M adalah berkesan sebagai suatu bentuk subsidi bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukannya.

“Pihak pembangkang yang begitu negatif terhadap inisiatif kerajaan berkenaan menuduhnya sebagai “dedak” dan “umpan”, kini tanpa segan silu membuat pusingan U.

“Khabarnya, Kerajaan Pulau Pinang sendiri telah akur akan kebenaran program BR1M oleh kerajaan,” katanya.

Leave a Reply