Isu Projek Naik Taraf Lebuhraya Pasir Gudang – @NormalaAbdSamad

Isu Projek Naik Taraf Lebuhraya Pasir Gudang

Oleh Iskandar Ahmad

KUALA LUMPUR. 26 Okt – Kementerian Kerja Raya akan mengambil langkah untuk mengatasi isu dan permasalahan yang berlaku terhadap perlaksaan Projek Naik Taraf Lebuhraya Pasir Gudang.

Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Fadillah Yusuf berkata, projek berkenaan di laksanakan sepanjang 7 Kilometer dan kerja-kerja untuk meletakkan batu kerikil telah siap sepanjang 5.5 Kilometer dan selebihnya akan dilaksanakan pada minggu hadapan.

Menurut beliau, dalam melaksanakan projek berkenaan terdapat masalah yang melibatkan utiliti dan telah meminta syarikat utiliti terbabit untuk mengalihkan utiliti berkenaan kerana ianya menjadikan kerja-kerja perlaksanaan tersebut akan tergendala.

“Bagi keseluruhan projek berkenaan, pihak kementerian sudah memantau ianya dan mendapati projek berkenaan pada tahap yang masih mengikut jadual.

“Berhubung kait dengan jalan rosak dan berlubang, kerja-kerja penambahbaikkan dan perlebaran jalan serta banyak kenderaan yang lalu kerana Lebuhraya Pasir Gudang sememangnya sesak dengan kenderaan-kenderaan berat.

“Pada masa yang sama, disamping jalan berkenaan dinaik taraf, pihak kementerian juga telah meluluskan sebanyak 1.4 juta untuk penyelenggaraan di jalan-jalan yang terdapat di Pasir Gudang serta bagi Fasa 2 sebanyak 400 ribu sudah siap dilaksanakan, manakala 1 juta lagi akan dilaksanakan untuk kerja-kerja baik pulih pada masa terdekat, katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Normala Abdul Samad ketika sidang parlimen di Dewan Rakyat mengajukan soalan tambahan kepada Menteri Kerja Raya mengenai isu yang dihadapi penduduk setempat dan pengguna Lebuhraya Pasir Gudang.

Dalam soalan tambahan yang diajukan oleh beliau ialah dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan tiada kerja-kerja perlaksanaan projek berkenaan dijalankan walaupun pihak kementerian ada menyatakan bahawa projek tersebut mengikut jadual yang ditetapkan.

Menurut Normala, dengan situasi berkenaan terdapat masalah yang berlaku seperti lalu lintas semakin  sesak dan jalan raya menjadi rosak serta berlubang dan pihaknya meminta pihak kementerian melaksanakan langkah untuk mengatasi permasalah tersebut bagi keselesaan pengguna jalan raya Pasir Gudang terutamanya.

Terdahulu, pada Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK 11), kerajaan persekutuan telah meluluskan sebanyak 190 juta bagi Projek Naik Taraf Lebuhraya Pasir Gudang atau FT 17 yang menjadikan empat lorong kepada enam lorong serta tarikh mula tapak projek berkenaan bermula pada 6 Mac 2016 mana tarikh siap dijadualkan pada 6 September 2018.

 

Tamat

Leave a Reply