Sikap Obses Rafizi Cari Kesalahan Pihak Lain Merbahaya

Sikap Obses Rafizi Cari Kesalahan Pihak Lain Merbahaya

KUALA LUMPUR, 24 OKT: Sikap Ahli Parlimen PKR Pandan Rafizi Ramli yang terlalu obses untuk mencari kesalahan pihak lain akhirnya telah memakan diri sendiri dan membahayakan serta memalukan para penyokongnya.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata, segala kenyataan dan tuduhan daripada Naib Presiden PKR itu terhadap Felda Investment Group (FIC) Sdn Bhd adalah sama seperti tuduhan yang pernah dilakukanya terhadap Lembaga Tabung Haji (TH) dan National Feedlot Corporation (NFC) tidak lama dulu.

“Dia daripada dulu pun banyak perkara yang dibina Rafizi hanya andaian yang dia percaya bahawa ianya adalah benar.

“Kita ambil contoh isu Tabung Haji, dia bina satu cerita sehingga ada pendeposit bawa keluar duit, isu NFC sampai ke mahkamah dan diputuskan bahawa apa yang dicerita itu tidak betul. (Begitu juga) FELDA dan 1MDB. Rafizi bina satu cerita berdasarkan maklumat yang diperolehi tidak lengkap dan tidak  tepat.

“(Ini) Sebab dia terlalu obses, sebab mungkin Rafizi rasa dia yang terbaik dalam percukaian di negara ini, (kononnya) dia tahu tentang perakauan maka dia bina satu cerita sebagai satu perkara yang dia percaya benar,” jelas Razali.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Bangunan Parlimen, pada Selasa yang turut dihadiri Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abd Samad.

Sidang media itu bagi menjawab tohmahan Rafizi kononnya FIC membuka syarikat baru pada 17 Oktober lalu berkaitan pemilikan FIC London Hotel (Private) Limited (FLH).

Lebih malang menurut Razali, ramai pengikutnya terpedaya dan percaya bulat-bulat apa sahaja kenyataan yang keluar dari mulutnya tanpa menyedari mereka telah diperdaya dengan tipu helah dan muslihat Rafizi selama ini.

Katanya, segala tuduhan Rafizi itu amat berbahaya dan boleh menyebabkan mereka yang tidak bersalah akan menjadi mangsa dan dikecam masyarakat.

“Saya rasa kecewa sebab semalam ,ramai yang tengok FB live dia tetapi sebenarnya Rafizi cakap sorang-sorang supaya semua orang dengar.

“Saya tak risau tentang saya dan apa yang kami (Shahrir) buat. Cuma saya risau orang yang mendengar cakapnya sampai hari ini percaya dia yang betul, orang yang dengar semalam pun sampai hari ini marah pada saya dan Tan Sri Shahrir, malah ada menghina kami.

“Saya tak marah tapi kepercayaan terhadap apa yang dibuat Rafizi itu, yang buat saya risau ialah ramai rakyat kita yang akan terus percaya (fitnahnya).  Kalau tak dibetulkan sampai mati, dia akan menghukum orang yang tak bersalah,” tegasnya.

Mengulas lanjut berkenaan dakwaan Rafizi bahawa beliau dan Shahrir telah membuka satu syarikat baharu untuk menutup kelemahan FIC, Ahli Parlimen Muar itu menyifatkan dakwaan itu adalah sangat serius dan memberi gambaran mereka berdua tiada nilai integriti.

“Rafizi sangat obses kononnya ada satu skandal yang besar RM330 juta pelaburan FELDA hilang, sebab itu dia kata lewat untuk jumpa media (beri penjelasan) sebab kami sama ada saya berdua, bertiga atau berempat sudah pergi ke London daftar satu syarikat baru untuk pastikan harta itu tidak hilang.

“Kerana obses dia mendedahkan perkara yang memang kita sudah tahu. Dia ingat kita panik dan cepat-cepat pergi buat syarikat baru untuk melindung penyelewangan. Ini tidak betul.

“Sebab itu saya nak beritahu perkara ini sangat rumit, dia terlalu obses bahawa beliau sahaja yang betul. Sebenarnya, kita sedang buat yang terbaik dan tidak ada syarikat yang didaftarkan pada 13 atau 17 Oktober 2017 seperti yang didakwa.

Sementara itu Shahrir berkata, Rafizi sepatutnya menyerahkan maklumat yang beliau dakwa betul kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), jika beliau berpendapat, maklumatnya benar.

“SPRM sudah menyiasat sejak Julai lalu, termasuk aset hotel Kensington. Malah, beberapa orang sudah disiasat. Kenapa sekarang baru Rafizi bising? Sudah tiga bulan SPRM buat kerja. Seban itu saya kata, Rafizi ini sudah tiga bulan tertidur dalam isu ini,” katanya. –BNBBC

Leave a Reply