Rumah Untuk M40 Bakal Diwujudkan – @JaisSarday

Rumah Untuk M40 Bakal Diwujudkan

 

Oleh Iskandar Ahmad

 

KLUANG. 23 Okt – Rumah untuk M40 akan diwujudkan di negeri Johor kepada golongan yang berpendapatan pertengahan 3 ribu hingga 8 ribu iaitu kumpulan isi rumah berpendapatan 40% pertengahan.

 

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Md Jais Sarday berkata, terdapat beberapa pemaju yang meminta kerajaan negeri memberikan beberapa inisiatif untuk rumah-rumah yang berharga 200 ribu hingga 400 ribu.

 

Menurut beliau, pihak kerajaan negeri sedang memikirkan cara penyelesaian bagi mereka yang berpendapatan dalam kumpulan M40 iaitu 8 ribu hingga 15 ribu.

 

“Jika berkesempatan pihak kerajaan negeri akan mengumumkannya ketika perbentangan bajet dan jika tidak sempat ianya akan diumumkan selepas itu kerana ianya berkaitan dengan dasar.

 

“Ada juga pemaju seperti Program Perumahan 1 Malaysia (PR1MA) yang menyediakan rumah-rumah M40 tetapi mereka masih tertakhluk dengan menyediakan 40 peratus rumah mampu milik dan ianya masih lagi dalam perbincangan dan berharap dapat menyediakan garis panduan sebelum akhir tahun ini, katanya.

 

Md Jais berkata, bagi Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) ialah bagi mereka yang berpendapatan 3 ribu kebawah akan ditawarkan rumah yang berharga 42 ribu iaitu Perumahan Komuniti Johor A, manakala berpendapatan 5 ribu kebawah pula akan ditawarkan rumah yang berharga 80 ribu dan bagi kategori berpendapatan 8 ribu kebawah akan ditawarkan rumah berharga 150 ribu.

 

Menurutnya, bagi mereka yang berpendapatan 10 ribu, mereka mahu membeli rumah yang berharga 400 ribu ke atas tetapi tidak mampu, jadi mereka memerlukan rumah yang berharga di antara 200 ribu hingga 400 ribu.

 

“Terdapat ramai daripada golongan berkenaan ingin membuat pendaftaran di RMMJ tetapi permohonan mereka terpaksa ditolak kerana tidak layak serta mereka ini kebanyakkannya daripada Johor Bahru kerana ianya merupakan kawasan industri dan sebagainya, katanya.

Leave a Reply