JDT Ranap Impian The Bos Gaurus

JDT Ranap Impian The Bos Gaurus

JOHOR BAHRU, 22 Okt – JUARA Liga Super 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT) meranapkan impian Perak untuk beraksi di final TM Piala Malaysia selepas membelasah pasukan itu 3-0 dalam separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin malam ini.

Kali terakhir Harimau Selatan melangkah ke pentas akhir piala keramat itu adalah pada tahun 2014 lalu yang menyaksikan mereka terpaksa berpuas hati apabila tunduk di tangan Pahang.

Bermula separuh masa pertama, saingan sedikit teganh apabila kedua-dua pasukan bergasak melancarkan serangan untuk mencari gol awal.

Peluang tuan rumah hadir pada minit ke 29 apabila percubaan terus Mohamad Ghaddar gagal menerjah gawang lawan selepas dihalang kemas penjaga gol, Muhammad Hafizul Hakim.

S Kunanlan kemudiannya menambah cabaran buat Perak selepas gerakan solonya berjaya memasuki gawang lawan pada minit ke-33 namun gagal menemui penyudah untuk meletakkan JDT di hadapan pada separuh masa pertama.

Perak kemudiannya bangkit memberi tentangan pada babak kedua perlawanan  menerusi gandingan penyerang Zaquan Adhan dan Gilmar Da Silva namun percubaan mereka gagal memperdaya barisan pertahanan JDT.

Jaringan Gonzalo Cabrera memecah kebuntuan buat tuan rumah selepas berjaya menyempurnakan lorongan terus Gabriel Guerra pada minit ke-57.

Perak kemudiannya mendapat gol penyamaan pada minit ke-60 hasil hantaran lintang Gilmar Da Silva yang berjaya ditampan masuk Zaquan Adha. Bagaimanapun gol tersebut tetapi dinafikan penjaga garisan kerana Offside.

The Bos Gaurus dilihat kian tertekan apabila JDT berjaya mendapat gol kedua hasil rembatan kemas Gabriel Guerra yang berjaya menyusup masuk ke gawang lawan pada minit ke-74.

Gonzalo Cabrera menambah derita buat pasukan pelawat selepas meledak gol ketiga buat pasukan tuan rumah pada minit ke-81 sekali gus menjadi penutup tirai jaringan untuk perlawanan itu.

Leave a Reply