TPM Tutup Ekspo Johor Berkemajuan

TPM Tutup Ekspo Johor Berkemajuan

ISKANDAR PUTERI 14 Okt. – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di Dataran Mahkota, Kota Iskandar di sini pukul kira-kira 3.30 petang ini bagi menyempurnakan majlis penutupan Ekspo Johor Berkemajuan 2017.

Ketibaan Timbalan Perdana Menteri disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan barisan Exco kerajaan negeri.

Beliau kemudian melawat gerai-gerai pameran yang memaparkan pelbagai pembangunan dan perancangan kerajaan negeri.

Ahmad Zahid turut dijadualkan melancarkan lima inisiatif kerajaan negeri yang bakal memberi manfaat dan kesejahteraan kepada rakyat negeri ini.

Ekspo Johor Berkemajuan 2017 yang bermula 6 Oktober lalu hingga hari ini, dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Oktober lalu.

Kira-kira 31 program ikonik diadakan sepanjang sembilan hari program itu termasuk dalam bentuk pameran, pelancaran, persembahan dan majlis perkahwinan beramai-ramai, selain peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). –Utusan

Leave a Reply