Isteri TMJ Selamat Lahirkan Waris Takhta Kerajaan Johor

Isteri TMJ Selamat Lahirkan Waris Takhta Kerajaan Johor

JOHOR BAHRU, 14 Okt — Isteri Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che’ Puan Khaleeda Bustamam, hari ini selamat melahirkan seorang putera.

Kelahiran berkenaan diumumkan Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli menerusi satu kenyataan, hari ini.

“Jumaah Majlis Diraja Johor sukacita mengumumkan keputeraan seorang waris takhta kerajaan negeri Johor, hari ini,” katanya menerusi kenyataan satu perenggan itu.

Sementara itu, laman rasmi Facebook Johor Darul Ta’zim (JDT), JOHOR Southern Tigers turut memuat naik catatan merafak syukur kepada Allah SWT dan setinggi-tinggi tahniah kepada Tunku Ismail dan isteri baginda.

Tunku Ismail dan Che’ Puan Khaleeda sebelum ini dikurniakan seorang puteri, Tunku Khalsom Aminah Sofiah pada 25 Jun tahun lepas.

Leave a Reply