Jenazah Mangsa Keldai Dadah Dijangka Tiba Di Tanahair, Rabu Ini – Shamsul

Jenazah Mangsa Keldai Dadah Dijangka Tiba Di Tanahair, Rabu Ini – Shamsul

JOHOR BAHRU , 13 Okt –  Jenazah Syzlin Hataman, mangsa kepada sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang meninggal dunia di Peru, 7 Oktober lalu dijangka akan dibawa pulang ke Malaysia selewat-lewatnya, Rabu 17 Oktober ini.

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pihaknya telah berurusan dengan dengan Wisma Putra dan kerjasama Wisma Putra bersama Kerajaan Peru dalam usaha membawa pulang jenazah sebagaimana harapan keluarganya untuk mengebumikan mangsa di Johor.

“Kita akan membantu mengurus jenazah dengan menanggung segala perkara yang berkaitan dengan urusan, proses embalming dan urusan permit dikeluarkan, urusan untuk jenazah dimandi dan dikapankan, menguruskan jenazah dari rumah mayat, proses embalm, permit, keranda dan segala proses  untuk urusan  membawa balik jenazah balik ke Malaysia.

Segala kos yang berkaitan dengan proses membawa pulang jenazah akan ditanggung sepenuhnya BiKUM dengan dibantu Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor.

Kita juga berterima kasih kepada Bahagian Kaunselor Kementerian Luar Negeri, Kedutaan Malaysia di Peru serta Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor dalan memberikan kerjasama dan komitmen dalam menguruskan perkara ini,” ujarnya dalam sidang media di kediaman Syzlin di Johor.

Dalam masa yang sama, mengikut perancangan, Shamsul memaklumkan sebaik sahaja jenazah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada hari tersebut, jenazah akan terus dibawa le Masjid Larkin Johor untuk disembahyangkan, kemudian jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh.

“Ini atas persetujuan dengan waris Allahyarhamah, BiKUM juga telah berbincang  dengan Setiausaha Perhubungan UMNO Johor, Datuk Jais Sarday yang memaklumkan urusan jenazah Allahyarham di Johor akan dibantu UMNO Johor khususnya Biro Kebajikan UMNO Negeri Johor.

Segala perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, dan pihak kami berharap agar usaha yang dilakukan ini sedikit sebanyak akan dapat membantu mempermudahkan urusan keluarga Allahyarhamah.

Kita juga sedang membuat perancangan, perbincangan dan urusan untuk membawa pulang dua lagi mangsa sindiket dadah antarabangsa ini yang terkandas di Peru dengan membawa mereka pulang engan kadar segera, dan segala urusan ini akan ditumpukan sebaik sahaja selesai urusan Allahyarhamah Syzlin Hataman di bawa pulang ke tanah air,” ujarnya lagi.

Leave a Reply