Pembangunan Dilaksana Tanpa Gadai Alam Sekitar – Khaled

Pembangunan Dilaksana Tanpa Gadai Alam Sekitar – Khaled

ISKANDAR PUTERI 7 Okt. – Semua pembangunan dan kemajuan yang dilaksana di Johor dilakukan tanpa menggadaikan alam sekitar.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bertitik tolak daripada kepercayaan itu, kerajaan negeri menggubal Dasar Kelestarian Johor.

“Menerusi dasar kelestarian yang komprehensif ini akan membantu Johor menguruskan alam sekitarnya dengan lestari, strategik dan berkesan,” katanya berucap pada Majlis Perasmian Ekspo Johor Berkemajuan 2017 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, dasar itu digubal sebagai garis panduan dan komitmen kerajaan negeri dalam ikhtiar pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di negeri ini.

 

Leave a Reply