Kemajuan Johor Hasil Kerjasama Negeri, Persekutuan – Khaled

Kemajuan Johor Hasil Kerjasama Negeri, Persekutuan – Khaled

ISKANDAR PUTERI 7 Okt. – Kerancakan pembangunan di Johor adalah hasil kerjasama yang erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, banyak sokongan, bantuan dan perhatian yang diberikan kerajaan pusat kepada kerajaan negeri.

“Terutamanya dalam menjadikan Johor sebagai destinasi dan lokasi pilihan kepada pelaksanaan pelbagai projek dan pembangunan berimpak tinggi.

“Sesungguhnya Datuk Seri (Datuk Seri Najib Tun Razak), kami berasa sangat berterima kasih,” katanya berucap dalam Majlis Perasmian Ekspo Johor Berkemajuan 2017 yang akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dataran Mahkota, di sini sebentar lagi.

Justeru, Mohamed Khaled percaya adalah penting untuk kedua-dua kerajaan negeri dan pusat mengukuhkan hubungan baik sedia ada sekali gus manfaatnya akan melimpah ruah kepada rakyat dan negara ini. -Utusan

Leave a Reply