4 Inisiatif Lonjak Pembangun Johor – Najib

4 Inisiatif Lonjak Pembangun Johor – Najib

ISKANDAR PUTERI 7 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan komitmen untuk menyokong pelaksanaan empat inisiatif utama bagi melonjak pembangunan dan kemajuan Johor pada masa depan.

Empat inisiatif tersebut adalah kemudahan Bas Rapid Transit (BRT) di kawasan Iskandar Malaysia, Pelan Induk Kemahiran Johor, Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Dasar Kelestarian Johor.

“Saya sudahpun tahu tentang kemajuan yang begitu memberangsang berlaku di Johor.

“Sebelum ini pun saya pernah sebut bahawa Johor ini adalah kuasa baharu ekonomi bagi negara. Ini satu pengiktirafan dan kadar pertumbuhan ekonomi akan lebih pesat,” katanya semasa merasmikan Ekspo Johor Berkemajuan 2017 di Dataran Mahkota, Kota Iskandar, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar serta barisan Exco kerajaan negeri.

Ekspo Johor Kemajuan 2017 berlangsung mulai semalam hingga 14 Oktober ini. -Utusan

Leave a Reply