Pakar Air Cari Jalan Selesai Isu Air di Johor – @KhaledNordin

Pakar Air Cari Jalan Selesai Isu Air di Johor – @KhaledNordin

Johor Bahru, 2 Okt – Rakyat dan penduduk negeri Johor bakal menggunakan 3,257 juta liter air sehari pada tahun 2028.

Menurut Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, perangkaan ini didapati dari hasil Kajian Sumber Air Negeri Johor 2010-2060.

“Berbanding dengan apa yang dibekalkan hari ini, permintaan air dalam tempoh 11 tahun akan datang dijangka meningkat sebanyak lebih kurang 80%.

“Jadi, adalah kritikal untuk kerajaan negeri bersama-sama dengan semua pihak yang berkelayakan dan mempunyai kepakaran untuk terus duduk semeja dan mencari penyelesaian kepada isu ini,” Mohamed Khaled berkata dalam majlis perasmian Water Leaders Forum 2017 hari ini di Hotel Mutiara.

Water Leaders Forum 2017 berlangsung selama dua hari.

Tambah Mohamed Khaled, kerajaan negeri berazam dan komited untuk menyelesaikan masalah air Johor dengan segera dan sebaiknya.

“Untuk tahun 2017 sahaja, sebanyak RM73.9 juta air diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk menjayakan pelbagai inisiatif infrastruktur air,” katanya lagi.

Beberapa pakar terkemuka dalam industri air dari luar negara; Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura Masagos Zulkifli Masagos Muhamad, Pengerusi Jasa Titra (badan pengurusan air Indonesia) Prof Raymond Valiant Ruritan, Pengarah Rainwater Research Centre Seoul National University Prof Mooyoung Han dan setiausaha-agung Water Security Council Jepun Dr Kotaro Takemura akan bersama-sama mengupas isu kekurangan bekalan air bersih dan kejayaan mengatasi isu tersebut.

 

Leave a Reply