Johor Wujud Pelan Induk Pembangunan Kemahiran Pacu TVET

Johor Wujud Pelan Induk Pembangunan Kemahiran Pacu TVET

JOHOR BAHRU, 2 Okt  — Kerajaan Johor mewujudkan Pelan Induk Pembangunan Kemahiran Negeri Johor bagi memacu pembangunan kemahiran berteraskan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada belia di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Johor, R. Vidyananthan berkata pelan berkenaan akan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Okt ini, bersempena perasmian Ekspo Johor Berkemajuan di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.

“Kerajaan negeri amat komited untuk memastikan rakyat Johor mendapat manfaat daripada pelan tersebut.

“Unit Swadaya Insan Negeri Johor (SIJ) telah bersedia untuk memantau pelaksanaan yang dirangka di bawah pelan induk itu demi pembangunan swadaya insan di Johor,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Skills Johor Datuk Omar Shariff Mydeen berkata pelaksanaan pelan tersebut akan dapat memastikan tenaga kerja di Johor dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan bagi memacu pembangunan pesat negeri serta negara.

“Pelan ini adalah bagi menyokong penuh Pelan Induk TVET Malaysia yang dibaru dirasmikan oleh Perdana Menteri tempoh hari.

“Ia adalah permulaan dan rujukan yang baik untuk Pelan Induk TVET komprehensif kebangsaan,” katanya. -Bernama

Leave a Reply