Empat Lagi PPR Bakal Dibina Di Johor – Jais

Empat Lagi PPR Bakal Dibina Di Johor – Jais

JOHOR BAHRU, 2 Okt — Golongan berpendapatan rendah dan sederhana di Johor bakal mendapat manfaat apabila empat lagi pembangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) bernilai RM360 juta bakal dibina pada penghujung tahun ini.

Empat projek PPR terbabit melibatkan PPR Ulu Tiram, PPR Masai, PPR Permas Jaya dan PPR Bandar Tenggara.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Md Jais Sarday berkata pembinaan projek perumahan itu membuktikan bahawa kerajaan persekutuan dan negeri sentiasa fokus dengan agenda untuk menyediakan kediaman yang kondusif untuk rakyat.

“Kerajaan negeri melalui Ucapan Bajetnya sejak tahun 2014 hingga kini, pasti akan mengumumkan pelbagai inisiatif bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki kediaman mereka sendiri.

“Johor  merupakan negeri ketiga tertinggi selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sabah yang mendapat manfaat daripada projek PPR,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Keempat-empat projek itu bakal dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Okt ini bersempena perasmian Ekspo Johor Berkemajuan 2017 di Kota Iskandar, Iskandar Puteri, di sini.

Leave a Reply