BN Bersaing Di Dalam Pilihan Raya Berdasarkan Rekod Pencapaian Tersendiri – Shahrir

BN Bersaing Di Dalam Pilihan Raya Berdasarkan Rekod Pencapaian Tersendiri – Shahrir

JOHOR BAHRU, 2 Okt – Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata Barisan Nasional (BN) bersaing di dalam pilihan raya berdasarkan rekod pencapaiannya tersendiri dan janji yang dibuat untuk masa depan rakyat serta negara.

Atas landasan dan prinsip itulah katanya, BN sehingga ke hari ini kekal dengan prinsipnya dan melaksanakan gerak kerja sebaik mungkin kepada pengundi dan juga rakyat khususnya di Parlimen Johor Bahru.

“Segala gerak kerja kita bukan fikir soal pilihan raya dan siapa bakal calon…itu tidak…yang pastinya kita tahu BN akan bertanding dan akan meletakkan calon di semua kawasan Parlimen dan atas dasar itu menerusi parti-parti komponennya menjalankan program seperti biasa, bukannya kita tengok siapa nak bertanding dan dimana.

“Kita mesti bersedia untuk bersaing atas rekod pencapaian kita dan janji kita untuk masa depan. Itulah BN daripada dulu hingga ke hari ini. Parti akan sentiasa bekerja manakala pilihan raya adalah prosesnya, BN menyertai pilihan raya kerana ianya proses demokrasi untuk menubuhkan kerajaan dan melaksanakan tanggungjawab bagi membangun, membina serta mempertahankan kedaulatan negara,” katanya.

Shahrir seterusnya mengalu-alukan mana-mana parti pembangkang yang ingin meletakkan calon di Parlimen Johor Bahru dalam pilihan raya umum akan datang.

“Sesiapa sahaja boleh bertanding…cumanya kena pakatlah…tidak tahulah mereka dah pakat atau tidak… saya ingat masih belum ada kata sepakat di dalam parti-parti pakatan harapan siapa nak bertanding di mana… dan saya dengar Johor Baharu ni pun ramai yang menuntut…bagi kami ada pilihan raya atau bagaimana sekalipun kita tetap laksanakan tugas sebaik mungkin kepada pengundi dan juga penduduk di Johor Bahru ini.

“Dulu PKR yang letak calon di sini dan hari ini saya dengar kawasan ini ada rakan mereka yang minta pula. Siapa nak bertanding terpulanglah kita tidak boleh halang kerana ini demokrasi ,” katanya. –UMNOOnline

Leave a Reply