Lompat Kerusi Pada PRU Bukti Komitmen Pembangkang Bukan Untuk Beri Khidmat Kepada Rakyat

Lompat Kerusi Pada PRU Bukti Komitmen Pembangkang Bukan Untuk Beri Khidmat Kepada Rakyat

SRI GADING, 29 Sept – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ab Aziz Kaprawi hari ini membidas tindakan dan langkah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah beserta kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan yang lain akan bertanding di Negeri Johor pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Ujarnya, inilah merupakan bukti terbesar komitmen pemimpin Pakatan Harapan yang bertanding pilihanraya bukan bertujuan untuk memberi khidmat kepada rakyat.

“Nurul Izzah sendiri yang ketika ini merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai telah merancang untuk meninggalkan para pengundi yang telah memberikan kepercayaan mereka terhadap beliau.

Inilah sikap sebenar pemimpin pembangkang dari Pakatan Harapan yang gemar berpindah-pindah kawasan yang diwakilinya demi kelangsungan politik peribadi mereka yang jauh berbeza dengan apa yang dipraktikkan oleh Barisan Nasional yang mana kebanyakkan calon merupakan anak tempatan ataupun sudah lama memberi khidmat kepada kawasan tersebut tidak kira menang atau kalah pilihanraya.

Nurul Izzah sebenarnya telah mendapati bahawa dirinya tidak mampu untuk memenangi kerusi Lembah Pantai sekiranya bertanding semula di situ kerana selama ini, beliau mengabaikan dan tidak memberi khidmat kepada rakyat,” ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Sri Gading.

Seperti di Lembah Pantai sendiri, apa yang boleh kita perhatikan, Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Utama Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin walaupun bukanlah seorang wakil rakyat tetapi beliau lebih memberi perkhidmatannya kepada rakyat berbanding Nurul Izzah.

Malah, Residensi Kerinci yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak merupakan hasil perjuangan UMNO Lembah Pantai dan bukannya ahli parlimen di situ.

“Sekiranya Nurul Izzah ingin meneruskan hasrat untuk cuba-cuba bertanding di Negeri Johor, beliau hanyalah menempah bala memandangkan beliau sendiri bukan seorang anak tempatan negeri Johor dan tidak mempunyai sebarang jasa yang disumbangkan terhadap masyarakat Johor secara khususnya.

Saya yakin dan percaya Bangsa Johor tidak akan tertipu dengan propaganda yang hendak dibawa ke negeri ini dan mereka yakin bahawa Nurul Izzah hanya melarikan diri daripada Lembah Pantai atas kegagalan memberi khidmat kepada rakyat,” ujarnya lagi.

 

Leave a Reply