Malaysia minta jaminan sistem imbasan cap jari Singapura berjalan lancar – Liow Tiong Lai

Malaysia minta jaminan sistem imbasan cap jari Singapura berjalan lancar – Liow Tiong Lai

Gelang Patah, 26 Sept – Kerajaan Malaysian meminta jaminan dari kerajaan Singapura bahawa sistem imbasan cap jari di kaunter pemeriksaan masuk ke negara tersebut akan berjalan lancar.

Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, sebarang prosedur baharu yang diperkenalkan diharap tidak akan menyusahkan rakyat Malaysia yang berulang-alik ke negara jiran tersebut.

Beliau juga berharap bahawa sistem baharu ini tidak akan menimbulkan kesesakan trafik.

“Ia sepatutnya memberi keselesaan dan memudahkan akses kepada orang ramai,” katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan Alibaba Global Course di Forest City hari ini.

Ini susulan laporan bahawa pihak berkuasa Singapura akan memperluaskan ujian terhadap sistem imbasan cap jari bagi semua pelawat asing di kaunter pemeriksaan masuk pelawat ke negara itu tidak lama lagi.

Ketika ini, ujian hanya dikuatkuasakan kepada penumpang bas dan kereta api, termasuk lori dan kenderaan barangan sejak April tahun lalu.

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura dalam kenyataannya berkata, ujian itu akan diperluaskan kepada pelawat berusia enam tahun ke atas yang memasuki negara itu dengan kereta.

Dalam masa sama, Tiong Lai berkata kerajaan juga akan melaksanakan sistem tag pengenalan frekuesi (RFID) bagi meningkatkan sistem keselamatan pelawat yang keluar dan masuk negara ini.

“Malaysia juga ada sistem kita untuk memastikan keselamatan dalam negara kita. Kenderaan yang masuk perlu ada RFID serta caj bayaran jalan,” katanya lagi.

Leave a Reply