Harga Mingguan Petrol, Diesel Turun

Harga Mingguan Petrol, Diesel Turun

KUALA LUMPUR, 20 Sept — Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 turun dua sen kepada RM2.19 seliter, manakala RON97 turun tiga sen kepada RM2.49 seliter bermula tengah malam ini hingga 27 Sept.

Harga runcit diesel pula turun empat sen kepada RM2.10 seliter.

Ini dinyatakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui infografik di laman sesawangnya.

Bagi minggu sebelum ini iaitu dari 13 hingga 20 Sept, harga runcit mingguan bagi RON95 ialah RM2.21 seliter, RON97 (RM2.52 seliter) dan diesel (RM2.14 seliter).

Leave a Reply