Lagi ahli Pribumi keluar parti

Lagi ahli Pribumi keluar parti

GELANG PATAH, 19 Sept – Sekumpulan pemandu teksi di Gelang Patah hari ini mengumumkan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) kerana hilang keyakinan dengan parti tersebut.

Menurut kumpulan tersebut, mereka pada awalnya dijanjikan RM500 untuk membawa pengundi pada hari pilihan raya.

Namun, setelah enam bulan mereka didaftarkan sebagai ahli parti, tiada langsung wakil dari Pribumi yang datang menjenguk dan bertanyakan masalah mereka.

“15 orang kami yang mahu keluar Pribumi hari ini keluar dengan rela hati sebab kami tengok Pribumi tiada ambil sebarang maklum balas dari kami dan tiada apa bantuan yang mereka boleh berikan kepada kami,” kata jurucakap kumpulan tersebut Suhaimi Mohamed Said kepada pemberita dalam satu sidang media di Taman Nusa Perintis hari ini.

Suhaimi, 44, berkata seramai 30 pemandu teksi disini yang diambil maklumat peribadi mereka untuk didaftarkan menjadi ahli.

Beliau menambah mereka bertindak keluar parti kerana merasakan seperti diperdaya untuk menjadi ahli kepada parti serpihan UMNO tersebut.

“Mereka macam pancing kita dengan RM500 tersebut,” katanya lagi, sambil menambah bahawa mereka diberitahu bahawa PPBM hanya menyediakan slot terhad untuk membawa pengundi pada hari pilihan raya akan datang.

Leave a Reply