Bersatu Beri Kekuatan Kepada Institusi Presiden, Lambang Kekuatan Dan Keutuhan Parti

Bersatu Beri Kekuatan Kepada Institusi Presiden, Lambang Kekuatan Dan Keutuhan Parti

SEKIJANG, 14 Sep – Ketua UMNO bahagian Sekijang, Datuk Baharom Hj Mohamad berkata institusi presiden merupakan tonggak penting dalam mana-mana oragnisasi parti politik dan ianya perlu dipertahankan sebaik mungkin untuk kelangsungan parti berkenaan.

Sehubungan itu, beliau percaya serangan demi serangan oleh parti lawan terhadap institusi presiden UMNO hari ini adalah bertujuan untuk melemahkan parti dan seluruh ahli parti perlu melihatnya dnegan mendalam agar UMNO bukan sahaja dapat dipertahan bersama malah terus ditingkatkan lagi kecemerlangannya.

“Institusi presiden perlu sama-sama kita pertahankan…percaya atau tidak lemahnya intitusi tersebut maka lemahlah dan longlailah parti berkenaan dan inilah sebenarnya yang dihasratkan oleh parti lawan kita. Mereka menyerang presiden kita dengan pelbagai serangan.

“Inilah masanya untuk kita sama-sama bersatu padu apatah lagi kita semua baru sahaja selesai mengadakan mesyuarat bahagian yang merupakan medan untuk kita sama-sama memperkuatkan parti. Kuatnya akar umbi memberi kekuatan kepada parti dan seluruhnya.

“Gabungan semua peringkat sudah pasti bukan sahaja institusi presiden itu sendiri malah seluruh parti kita berada di dalam kekuatan tersendiri,” katanya kepada UMNO-Johor.

Beliau seterusnya menegaskan kekuatan yang hadir hari ini memberi lonjakan kepada parti untuk berdepan pilihan raya umum yang main hampir.

“Kita penuh yakin kekuatan yang yang digembleng bersama di semua peringkat memberi kelebihan yang cukup signifikan kepada kita untuk menghadapi pilihan raya umum nanti. Insya Allah selagi kita bersama dan selagi kita bermuafakat kejayaan bakal menunggu kita kelak,”katanya.

Leave a Reply