Analisa Parti BERSATU – Dr Bahar

Analisa Parti BERSATU – Dr Bahar

Analisa Parti BERSATU
.
Beberapa malam lepas, habisnya majlis sambutan ulang tahun bersatu di Bakri saya berjumpa beberapa rakan parti bersatu dari Muar, KL dan Kedah.
.
Mereka semua adalah rakan-rakan yang dulunya aktivis dalam UMNO. Duduk minum dan bersembang santai. Terpaksa saya buat untuk mendapat maklumat yang tepat tentang perkembangan parti Bersatu di Johor.
.
Sambutan ulangtahun Bersatu kali ini dilihat gagal. Kehadiran hanya mencecah 5 ribu orang. Jam 10.30 bila tiba giliran Tun Mahathir berucap, orang ramai mula bangun dan balik. Tidak seperti ceramah pembangkang yang lain.
.
Bila duduk bersembang, saya bertanya soalan provokasi pada mereka. Berapa orang ahli sampai boleh menang pilihanraya ?.
.
Mereka beria-ia untuk meyakinkan yang ahli mereka ramai. Saya diamkan sahaja untuk dapat banyak maklumat.
.
BERSATU Mustahil Menang
.
Saya setuju sesetengah kawan dalam UMNO kata Bersatu ni kurang keahliannya.
.
Tetapi AWAS
.
Mereka tak boleh menang tetapi cukup untuk mengalahkan UMNO.
.
Saya risik, sebenarnya disetiap bahagian di johor ahli mereka hanyalah 300 hingga ke 500 sahaja. Paling ramai mendaftar pun adalah di bahagian Tebrau yang mendapat anugerah antara bahagian paling aktif.
.
Di Sekijang misalnya. Ahli PBBM adalah lebih kurang 300 orang. Tetapi siapa mereka ?. Mereka adalah orang penting dalam UMNO sebelum ini. Mereka adalah bekas ketua cawangan, bekas SU, Bekas AJK dan banyak lagi orang penting dalam UMNO sebelum ini.
.
PBBM tidak seperti parti lain sebelum ini. Ianya bukan Keadilan atau PAS. PBBM meniru semangat kemelayuan yang ada pada UMNO.
.
Maka, Bekas orang UMNO sahajalah totalnya dalam parti itu. Mereka berpengaruh menarik 5 orang lagi ahli mengikut mereka atau lebih tepat menyokong PBBM atas dasar simpati.
.
Tahukah anda ? Kemenangan PRU 13 di Johor adalah disebabkan undi melayu. Hanya johor mendapat purata sokongan lebih 75% undi melayu secara puratanya.
.
Sokongan undi melayu tak dapat sebegitu tinggi di negeri-negeri lain seperti selangor, perak, negeri sembilan dan lain-lain.
.
Ada beberapa DUN, BN masih mendapat undi melayu sehingga 85% lebih lagi di kerusi MCA dan MIC.
.
Jika bersatu ada 300 ahli sahaja di satu bahagian, ia akan membawa impak 1500 sokongan.
.
Bukan tujuan saya untuk menakut-nakutkan atau cuba membawa provokasi negatif. Ianya benar. Parti bersatu ini seolah api dalam sekam. Mereka seolah duri dalam daging untuk UMNO dan BN.
.
Mereka secara total meniru UMNO. Secara totalnya mahu mengelirukan rakyat. Contohnya baju merah. Jika mereka masuk ke kampung-kampung dan rumah-rumah, sukar membezakan adakah mereka dari UMNO atau Parti Bersatu.
.
Apa yang boleh kita buat ?
.
Usahlah pandang ringan pada kemampuan mereka. YB perlu mendekati ahli UMNO yang sudah mula jauh. Seperti veteran UMNO dan AJK Bahagian yang tidak lagi bersama. Hati mereka masih sayangkan UMNO.
.
Orang bersatu ni senang je nak kenal. Biasanya mereka yang menentang arus atau tidak bersetuju dengan bahagian ada potensi tinggi bersama Bersatu. Walaupun taklah semuanya begitu.
.
Walaupun mereka tidak bertanding dikawasan atau DUN kita, kewujudan parti bersatu ini adalah satu kesukaran besar bagi UMNO dan BN.
.
Masa sudah semakin hampir. Berusahalah sehabis baik untuk menjalankan program bagi kemenangan kita. Lakukanlah dengan ikhlas dan anggaplah mereka itu semua saudara kita yang tersesat jalan. Insyaallah selama ini BN sahajalah harapan mereka bergantung harap.
.
#KekalBN
.
Baharuddin Mohamed
#UMNOJOHOR

Leave a Reply