Semangat Jentera BN Perlu Kuat Lawan Dakyah Pembangkang

Semangat Jentera BN Perlu Kuat Lawan Dakyah Pembangkang

TANJONG PIAI, 13 Sep – Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU-14 ) dianggap sebagai medan yang cukup mencabar dan ianya harus dilihat dan diambil berat serta penuh teliti oleh jentera parti di bahagian Tanjung Piai ini dalam usaha membantu parti mencapai kemenangan kelak.

Dengan tumpuan oleh pihak pembangkang dan komitmen kita di sini, maka tentunya usaha yang proaktif perlu dilipatgandakan supaya parti terus mendapat kepercayaan rakyat nanti, demikian menurut Ketua UMNO Tanjung Piai, Datuk Datuk Hj Md Osman Hj Yusof.

Menurutnya lagi semangat juang jentera parti di semua peringkat perlu diperkuatkan dalam usaha menangkis pelbagai dakyah dan tohmahan khususnya dikalangan bekas pimpinan dan ahli parti yang menyeberangi pihak lawan.

“Hari ini mereka tanpa segan silu membuat pelbagai tohmahan…dulu ada antara mereka yang pernah menjadi pemimpin UMNO dan kemudiannya kalah diperingkat bahagian telah bertukar haluan menyokong pembangkang…kita kena kuatkan semangat kita untuk berdepan situasi ini.

“Makin hari makin banyak fitnah yang ditaburkan sewenang-wenangnya khususnya pemimpin nombor satu…maka parti kita lama kelamaan akan jadi lemah. Kita sebagai ahli UMNO kena bersatu pertahankan pemimpin yang kita pilih sebelum ini,” katanya.

Kata beliau lagi, mereka hanya menyebarkan berita yang tidak benar dan tidak betul dalam usaha mengelirukan rakyat semata-mata.

“Kita kena ingatkan rakyat jangan terima bulat-bulat apa yang ditohmah oleh mereka-mereka ini. Mereka ini hanya menyebarkan berita yang tidak betul untuk mengelirukan rakyat semata-mata demi kepentingan politik mereka,” katanya.

Leave a Reply