Politik Tikam Belakang, Kapal Tiga Nakhoda Perjelaskan Sikap Pembangkang

Politik Tikam Belakang, Kapal Tiga Nakhoda Perjelaskan Sikap Pembangkang

SEGAMAT, 13 September – Apa yang melanda gabungan parti pembangkang hari ini bukanlah mengejutkan kerana sebelum ini pun kontroversi satu kapal tiga nakhoda pernah melanda mereka dan apa yang berlaku hari ini sebenarnya memaparkan perangai antara satu dengan yang lain.

Politik tikam belakang dan ditambah pula dengan tiada hala tuju yang jelas antara satu dengan yang lain menambahkan lagi perjalanan politik mereka dan akhirnya pentadbiran yang kucar-kacir bakal muncul sekaligus menyebabkan rakyat yang akan menjadi mangsa, demikian menurut Ahl Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap, Norshida Ibrahim.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kemelut yang berlaku di kalangan parti pembangkang hari ini khususnya di dalam pakatan harapan.

Beliau seterusnya mempersoalkan dengan apa yang berlaku itu, apakah jaminan dan apakah harapan yang mampu ditawarkan oleh pembangkang khususnya dengan keghairahan mereka untuk menawan Johor pada pilihan raya umum kelak.

“Masing-masing pun saling berantakan…Belum pun habis cerita satu kapal tiga nakhoda timbul pulak cerita baru. Satu demi satu masalah dan kontroversi melanda dan itulah harga yang perlu dibayar sekiranya tidak mempunyai agenda yang jelas.

“Matlamat bersama sekadar untuk menumbangkang kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) namun segala aspek dan perkara yang berkaitan lain dilihat lintang pukang dan itulah yang perlu mereka hadapi,” katanya kepada UMNO-Johor.

Kata beliau lagi sebuah pakatan yang stabil adalah sepertimana BN hari ini yang mana berpaksikan kepada muafakat bersama dan bukannya masing-masing mementingkan diri dan bersikap tikam belakng.

“Itulah yang mereka masih tidak mampu untuk meniru apa yang dilaksanakan oleh BN hari ini. Kita mengambil jalan konsensu dan bukannya sepertimana mereka yang dilihat masing-masing curiga mencurigai antara satu dengan yang lain. Itulah kelebihan kita sebenarnya,” katanya.

Leave a Reply