LAWATAN DATO SRI NAJIB KE AMERIKA SYARIKAT – ‘CHECK MATE’ BUAT PEMBANGKANG @AzmanJaafar_AJ

LAWATAN DATO SRI NAJIB KE AMERIKA SYARIKAT – ‘CHECK MATE’ BUAT PEMBANGKANG @AzmanJaafar_AJ

PASIR GUDANG, 13 Sept – Sehari dua ini media Singapura (orang Johor boleh dapat saluran Media Singapura) menyiarkan, lapuran yang amat positif terhadap Perdana Menteri Malaysia, YAB DS Najib. Tanpa berselindung, media Singapura juga menyatakan bahawa DS Najib telah mendahului PM Singapura, Lee Hsein Loong untuk bertemu dengan Presiden AS, Donald Trump!

Media Singapura juga mensajikan betapa DS Najib telah diberikan layanan kelas pertama dari Presiden Trump sewaktu ketibaan beliau di bumi AS. Kawalan khas pengawal peribadi Presiden Trump yang diberikan kepada DS Najib jelas menunjukkan betapa melesetnya tanggapan Mahathir serta kepimpinan PH bahawa imej DS Najib begitu buruk di mata dunia!

Kepada mereka-mereka yang memahami ilmu bahasa gerak badan (body language), ternyata sambutan dan layanan Presiden Trump terhadap DS Najib menunjukkan betapa mesra dan yakin nya seorang pemimpin dunia terhadap DS Najib. Perlakuan Trump amat jelas menunjukkan kemesraan di antara mereka berdua bukan dibuat-buat, malah ikhlas, penuh keyakinan dan mengharap,

Lapuran media Singapura juga menyiarkan ucapan Trump tentang peranan besar DS Najib dan kerajaan Malaysia dalam mengekang dan melawan keganasan di Asia Tenggara. Di samping itu, media AS juga memainkan peranan dalam menyiarkan dengan profesional betapa Malaysia adalah sebuah negara yang boleh diyakini untuk pelaburan di masa hadapan dan yang paling jelas, Malaysia bukanlah sebuah negara yang gagal mahupun bangkrap seperti yang dicanangkan oleh Mahathir, tokong Lim serta pemimpin pakatan pembangkang!

Sayugia diingatkan bahawa kejayaan kepimpinan DS Najib membawa pelaburan secara besar-besaran dari Saudi Arabia, China, India dan Perancis menunjukkan betapa kemahiran politik diplomasi DS Najib adalah sesuatu yang negara dan rakyat patut berbangga. Sejak merdeka hanya di zaman DS Najib, Presiden AS telah datang ke Malayisa sebanyak dua kali dan inilah kali pertama di dalam sejarah tanahair kita, seorang PM dari sebuah negara yang kerdil telah dijemput secara peribadi oleh Presiden AS! Kepada mereka-mereka yang memahami ilmu sains politik, ini jelas menunjukkan stail dan gaya kepimpinan DS Najib dihormati dan diperakui oleh negara besar dunia.

Media Singapura juga melapurkan akan kemampanan ekonomi Malaysia, maka Malaysia berminat dalam tempuh masa lima tahun dari sekarang, membeli beberapa buah (20 rasanya) kapalterbang dari Boeing! Persoalan saya? Apakah ini tanda-tanda bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang gagal dan hendak bangkrap? Hanyasanya mereka-mereka yang sakit otak, bersifat dengki, irihati dan buta hati sahaja yang tidak mahu dan menerima hakikat bahawa kepimpinan DS Najib adalah terbilang dan terbaik. Jika di zaman Mahathir, sewaktu dunia mengalami krisis dan kelembapan ekonomi, pengkucupan ekonomi Malaysia amat jelas dengan bilangan pelaburan menurun dan pasaran saham merudum ke paras di bawah 500 mata, tetapi ianya amat berbeza di zaman DS Najib. Ekonomi Malaysia semakin berkembang dan pelaburan semakin mencurah! Perdagangan Malaysia sehingga bulan Julai tahun ini sahaja telah mencecah RM1 trillion!

Apa yang jelas sekarang ini, isu DOJ dan 1MDB sebenarnya adalah cerita reka ciptaan jahat dan iblis oleh Mahathir dan puak-puak pembangkang terhadap DS Najib dan kerajaan Malaysia! Kepada tokong Lim yang menggelarkan Trump sebagai seorang yang dunggu (idiot), apakah jika PM Lee dari Singapura yang juga menjadi tetamu Presiden Trump pada bulan hadapan seorang yang dunggu? Hanya orang dungu seperti tokong Lim yang akan bersama dan berjumpa dengan orang yang dunggu. Umum nya akan mengetahui bahawa bukan semudah itu seseorang pemimpin dunia dapat bertemu dengan Presiden AS. Kejayaan DS Najib dijemput oleh Presiden Trump sebagai Presiden AS adalah suatu kebanggaan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia sebenar nya. Dalam hal ini, teringat akan saya sewaktu membaca buku Bukan Kerana Pangkat: Memior Tun Dr Ismail, akan betapa susahnya kerajaan Malaysia suatu ketika dahulu hendak menemui dan menyakini pemerintah AS, memohon bantuan serta mencari pelaburan untuk Malaysia dari AS! Apa yang saya faham adalah, jika sesebuah kerajaan Malaysia berjaya mendapat sokongan dan bertemu dengan kepimpinan AS, maka dunia, khas nya negara kuasa besar akan mengiktiraf Malaysia. Pelabur akan yakin untuk melabur di Malaysia.

Buat YAB DS Najib, kami amat berbangga dengan kejayaan Dato Sri. Tahniah Dato Sri Najib. You made us very proud. Untuk Mahathir, tokong Lim dan pemimpin parti pembangkang, eat your heart out! Malaysia negara yang amat selamat dan tak perlu di selamatkan. Cia cia cia.

HIDUP UMNO
HIDUP UMNO
HIDUP BN

Tuan Hj Azman Jaafar
Ketua Pemuda Umno
Bahagian Pasir Gudang
JOHOR

Leave a Reply