‘Track Record’ BN Akan Jadi Sandaran Rakyat Johor – Ismail Roslan

‘Track Record’ BN Akan Jadi Sandaran Rakyat Johor – Ismail Roslan

PARIT SULONG, 9 September – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah, Ismail Roslan percaya dan penuh yakin rakyat negeri itu akan melihat kepada ‘track record’ dan bukannya bersandarkan kepada tohmahan semata-mata dalam membuat penilaian terhadap pelbagai perkara yang dibangkitkan oleh pembangkang khususnya berhubung pelbagai usaha kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurut beliau apa yang dilaksana dan dirancang oleh kerajaan negeri adalah untuk kepentingan rakyat semata-mata dan mereka boleh melihat dengan jelas apa yang telah dibuat oleh kerajaan negeri hari ini dalam melaksanakan amanah yang diberikan.

“Justeru pada saya rakyat boleh lihat apa yang telah kita buat dan apa yang kita telah rancang. Pembangkang boleh kata dan cakap macam-macam kerana usaha mereka adalah semata-mata untuk mengelirukan rakyat khususnya dalam menjayakan agenda mereka untuk menembusi negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.

“Lagi pun dalam sebuah Negara demokrasi mana-mana parti bebas dan boleh cakap sasaran mereka itu dan ini…namun segala-galanya terserah kepada rakyat dan kita mempunyai ‘track record tersendiri. Insya Allah kita akan terus melaksanakan amanah kita,” katanya kepada UMNO-Johor.

Ismail seterusnya menegaskan hasrat pembangkang untuk bertapak di negeri tersebut bukanlah perkara baru.

“Cuma pada kita sepertimana yang saya katakana tadi, kerajaan yang ada hari ini ada ‘track recordnya’ tersendiri. Bagaimana keupayaan kita dan bagaimana kesungguhan kita rakyat boleh tengok. Manakala pembangkang sekadar berpaksikan kepada retorik semata-mata,” katanya.

Leave a Reply