Kerajaan Komited Dan Serius Bantu Warga Felda – Ali Mazat

Kerajaan Komited Dan Serius Bantu Warga Felda – Ali Mazat

KULAI, 29 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, Ali Mazat Salleh berkata kesungguhan dan keseriusan kerajaan dalam membantu warga Felda sememangnya tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak.

Tegasnya sungguh pun pembangkang beberapa kali cuba menimbulkan tohmahan dan kekeliruan terhadap warga Felda berhubung perkara itu, ianya sedikit pun tidak menjejaskan komitmen agensi berkenaan dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah mereka.

“Hari ini di kawasan saya sendiri yang mana rata-rata terdiri daripada warga Felda terus dibantu dengan pelbagai insentif. Contoh terdekat bagaimana Insentif Peneroka Felda peringkat DUN Bukit Permai dan Parlimen Kulai Alhamdulillah Berjaya dilaksanakan.

“Apa yang kita harapkan dengan perkara seumpama ini, jelas kerajaan terus menerus membantu warga peneroka sungguh pun ianya dimanipulasi dengan pelbagai tohmahan oleh pembangkang terhadap pelbagai usaha murni ini,” katanya kepada UMNO-Johor.

Ali seterusnya menegaskan apa pun sebagai manusia dan sebagai pentadbir tentu ada berlakunya kekurangan namun insya Allah seandainya semua pihak berganding bahu segala kekuarangan itu dapat dijadikan kekuatan untuk sama-sama membangunkan warga peneroka.

“Insya Allah saya akan terus melaksanakan amanah yang diberikan sebaik mungkin dalam membantu warga DUN Bukit Permai. Apa yang penting adalah untuk kepentingan dan kebajikan bersama,” katanya.

Leave a Reply