“Tun M fitnah Sultan Johor untuk pinda Perlembagaan,” dakwa Daing Malek

“Tun M fitnah Sultan Johor untuk pinda Perlembagaan,” dakwa Daing Malek

Forest City, 26 Ogos – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa memperalatkan isu amukan Prebet Adam 30 tahun lalu dalam agendanya untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menghadkan kuasa Raja Raja Melayu pada ketika itu.

Ketua Bahagian UMNO Kota Tinggi Datuk Daing Malek Daing A. Rahman mendakwa Kesultanan Johor ketika itu dijadikan mangsa fitnah Mahathir, yang menggunakan matlamat untuk menghalalkan cara.

“Fitnah yang dilakukan bertujuan menanamkan persepsi buruk kepada Institusi Diraja agar rakyat hilang kepercayaan dan membenci Raja-Raja Melayu.

“Walaupun sudah 30 tahun kes amuk Prebet Adam berlalu, namun masih segar diingatan bagaimana seorang bekas perdana menteri menggunakan kedudukannya untuk membuat pembohongan dan fitnah yang amat dasyat kepada Tuanku.”

Daing Malek berkata buku ‘Konfesi Prebet Adam’ yang diterbitkan DuBook Press Sdn Bhd menunjukkan Mahathir memang mempunyai niat yang amat jahat kepada Kerabat Diraja Johor.

Menurutnya, isu itu dikaitkan dengan digunakan untuk memburuk-burukan dan mencalarkan nama baik Kerabat Kesultanan Johor.

Peristiwa amukan Prebet Adam pada tahun 1987 dikatakan berpunca daripada kematian adik kesayangannya yang dikatakan bertugas sebagai ‘caddy’ kepada seorang kerabat Diraja Johor.

Terdapat pelbagai versi punca amukan Adam namun yang sering diperkatakan ialah adiknya tersebut dipukul oleh seorang kerabat Diraja Johor.

Amukan Adam, dengan melepaskan tembakan bertubi-tubi di sekitar Chow Kit meragut satu nyawa orang awam.

Bagaimanapun buku ‘Konfesi Prebet Adam’, yang juga diterbitkan dalam versi Bahasa Inggeris dengan tajuk ‘Amok at Chow Kit’ menjelaskan bahawa Adam mengalami tekanan perasaan ketika itu akibat daripada trauma yang berlaku di waktu kecilnya dan juga akibat tidak tahan didera oleh anggota tentera senior.

Menurut Daing Malek, masih terdapat mereka yang mempercayai kes amukan tersebut bersangkut-paut dengan Institusi Diraja Johor.

Leave a Reply