Laksanakan Tugas Dan Peranan Tanpa Perlu Diarahkan

Laksanakan Tugas Dan Peranan Tanpa Perlu Diarahkan

BATU PAHAT, 24 Ogos – Pilihan raya Umum ke-14 akan datang dilihat sebagai medan yang mencabar serta getir dan seharusnya perkara tersebut perlu dilihat dengan lebih serius agar UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus mendapat kepercayaan rakyat.

Serentak itu, semua pihak perlu bergabung tenaga dan meletakkan kesepaduan di dalam parti untuk mendepani cabaran berkenaan dan semestinya apa jua cabaran yang mendatang ianya akan dihadapi dengan sebaik mungkin.

Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Abdul Aziz Ismail hakikat tersebut ada asasnya dan perpaduan serta permuafakatan sememangnya adalah kunci utama kepada mana-mana kejayaan.

“Perpaduan dan permuafakatan lebih ampuh jika ada sifat tolak ansur dan tahu peranan masing-masing..malah tindakan kita untuk sama-sama membantu parti cukup penting apatah lagi berdasarkan kepada arahan semata-mata. Tidak perlu diarah oleh orang lain baru mahu bertindak…

“Komitmen dan ‘sense of urgency’ juga perlu ada dikalangan ahli parti apatah lagi mereka yang bergelar pemimpin setiap peringkat dalam kita menghadapi PRU yang ke 14 ini yang sememang amat getir dan mencabar,” katanya kepada UMNO-Johor, di sini, hari ini.

Beliau seterusnya berharap perpaduan terus dikekalkan agar parti terus mendapat kepercayaan daripada rakyat dalam usaha meneruskan lagi segala perancangan serta pelaksanaan oleh kerajaan negeri.

Leave a Reply