ADUN Rengit Nafi Keluar UMNO

ADUN Rengit Nafi Keluar UMNO

JOHOR BAHRU, 11 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Ayub Jamil menyifatkan dakwaaan bahawa beliau akan meninggalkan UMNO dan seterusnya berhijrah ke parti lain sebagai fitnah, berniat jahat dan pendekatan politik murahan pembangkang.

Menurut beliau cerita berkenaan adalah cerita mereka yang kehabisan modal dan beliau turut berpesan jangan menari mengikut rentak yang dipukul oleh pihak terbabit.

“Cerita budak-budak…kehabisan modal. Salah satu yang perlu ada pada orang politik ialah prinsip. Mereka salah orang… keutamaan saya ialah membantu rakyat sebagaimana yang telah diamanahkan oleh parti kepada saya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Johor.com menerusi aplikasi WhatsApp, ketika diminta mengulas mengenai dakwaan berkenaan, di sini, hari ini.

Semalam timbul dakwaan menerusi media sosial kononnya beliau akan berhijrah dan meninggalkan UMNO.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang Abdul Aziz Ismail menafikan beliau akan keluar UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Sebaliknya, kata beliau sebenarnya berbangga berada dalam UMNO.

“Sudah tentu tak (keluar parti). Kesetiaan saya kepada UMNO, BN tak perlu dipersoalkan.

“Dakwaan tersebut adalah karut. Saya bangga jadi ADUN BN. Titik,” katanya melalui pesanan WhatsApp ketika menjawab soalan Malaysiakini.

Leave a Reply