Hayati Erti Perjuangan Sebelum Warisi Kepimpinan – Puad

Hayati Erti Perjuangan Sebelum Warisi Kepimpinan – Puad

LANGKAWI, 11 Ogos – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Puad Zarkashi berkata, mahasiswa perlu belajar bagaimana mahu mewarisi perjuangan dan menghayatinya sebelum mahu menerajui kepimpinan.

Jelas beliau, ini amat penting bagi memastikan mahasiswa pelapis negara bersiap siaga untuk menjadi pemimpin yang boleh membela nasib rakyat.

“Rakyat mahukan mahasiswa sebagai pelapis lantas mereka perlu bersiap siaga untuk menjadi pemimpin yang mampu membela nasib rakyat.

“Menjadi pewaris bukan sahaja kepada kepimpinan tapi juga kepada perjuangan yang telah dirintis.

“Untuk jadi pemimpin kena tahu erti perjuangan. Jangan berebut nak jadi pemimpin tapi tidak tahu erti perjuangan kerana negara ini lahir dari peruangan nenek moyang kita,” ujarnya yang ditemui UMNO-Online selepas merasmikan program Mahasiswa Turun DUN yang bertemakan Mahasiswa Menyelusuri Lagenda, semalam.

Ujar Puad yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), negara perlukan anak muda berjiwa pejuang yang tahu makna perjuangan, seperti lilin membakar dirinya menerangi kegelapan di sekeliling.

“Seperti Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak… perjuangan beliau adalah untuk rakyat. Beliau bukan berjuang untuk kroni.

“Jadi saya berharap mahasiswa yang menyertai program ini membuka mata dan melihat keadaan sekeliling,” ulasnya lagi.

Program yang berlangsung selama empat hari di Pulau Langkawi bermula 8 Ogos bakal memberikan pelbagai pendedahan dan pengalaman baru kepada para peserta yang melibatkan 200 mahasiswa dalam dan luar negara. – MediaUMNO

Leave a Reply